Tuesday, March 16, 2010

PROGRAM BARU SEKOLAH

PERANCANGAN PENGURUSAN KURIKULUM

TAJUK PROJEK
* Mencintai alam Sains, Seni dan Kemahiran Hidup


VISI DAN MISI PROJEK

Visi
*Menjadikan sekolah dalam taman menjelang tahun 2014

Misi
1. Membuat perancangan bahan buangan dari warga sekolah
2. Memberi kemahiran dan pengetahuan kepada guru dalam mengurus kitaran buangan
3. Menilai dan memantau kerjaya program dari semasa ke semasa

Pengetahuan
1. Memperolehi konsep penggunaan bahan buangan menjadi bahan berguna.
2. Menginsafkan diri tentang tanggungjawab kita terhadap bumi tercinta ini.

Kemahiran1. Kemahiran manupulatif reka cipta bahan buangan
2. Kemahiran mengurus projek kitaran buangan

Nilai1. Mengubah sikap dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2. Melahirkan sifat kendiri cintai alam persekitaran.
3. Menanam kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
4. Memupuk tingkahlaku menjaga kebersihan dan keceriaan dunia.
5. Mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan harian.
6. Menggalakkan individu sentiasa bekerjasama dan bertolak ansur.

MATLAMAT
1. Mengurangkan pencemaran
2. Mencintai alam persekitaran
3. Menanam dan memupuk kesedaran menjaga alam
4. Menjaga kebersihan dan keceriaan alam


LATAR BELAKANG SEKOLAH
SJK ( C ) Sungai Batu
Sekolah SJK ( C ) Sungai Batu adalah merupakan sebuah sekolah Gred B Bantuan Kerajaan dan juga sekolah Bestari luar bandar. Sekolah ini mempunyai 7 kelas termasuk prasekolah. Bilangan guru yang terdapat disini ialah 13 orang guru. Enromen pelajar ialah 165 orang murid. Majoriti murid di sini adalah kaum Cina ( 159orang), diikuti kaum Melayu (5 orang) dan seorang murid kaum India. Murid-murid di sini adalah penduduk kampung yang berdekatan di sini, kebanyakkan ibubapa mereka adalah bekerja sebagai pekebun kecil dan buruh kasar dan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
Sekolah ini mempunyai seramai 4 orang pekerja pembersih swasta. Tapak sekolah mempunyai tanah seluas 6 e.lr.24p.(No Sheet 1037,57,59,60 K/B Sungai Batu, Pantai Remis). Tanah yang telah digunakan untuk bangunan ialah 3e.lr.24p dan 2e.lr telah digunakan untuk tanaman kelapa sawit (99 pohon). Anggaran kawasan yang lapang adalah kira-kira masih ada 1e.lr. Tanaman yang ada di kawasan sekeliling sekolah ialah pokok bunga raya, bunga kertas, pokok pinang, bunga ros, pokok betik dan ubi kayu.




Rajah sekolah bolehlah rujuk seperti peta sekolah di bawah:




CARTA ORGANISASI PROJEK





PROGRAM BERASASKAN AKEDEMIK


Projek Sekolah
Kitar semula.

Sumber
Sumber dapatan bahan buangan adalah terimaan daripada murid-murid sekolah, guru-
guru dan ibu bapa.

Bahan-Bahan BuanganTin-tin kosong, surat khabar, buku-buku latihan , majalah, botol plastik, botol kaca,
kayu-kayan dan kain baju.

Cara Kutipan1. Memberi surat pemberitahuan melalui persatuan ibu bapa dan guru.
2. Mempamerkan poster di luar kawasan sekolah. (Pintu Pagar)
3. Mengedarkan risalah.
4. Mengadakan kempen.
5. Menyebarkan melalui media massa dan media elektronik.

Pelaksanaan1. Bahan yang dikutip akan diasingkan mengikut jenis dalam bekas yang dikhaskan.
2. Guru-guru diberi tugas mengikut panitia matapelajaran untuk menjalankan projek.
3. Guru-guru menyediakan jawatankuasa kerja dan kertas kerja untuk projek masing-masing.

Kitar semula
1. Surat khabar dikutip, diikat dan dijual kepada pembeli kertas lama.
2. Kotak-kotak kertas diguna di setiap kelas sebagai rak penyimpan buku di sudut bacaan.
3. Pembalut kertas pendua kalis air dijadikan bag untuk menyimpan kertas nota murid melalui
mata pelajaran Pendidikan Seni.
4. Sampul surat diguna semula untuk meletakkan kat-kat bacaan di pusat sumber sekolah.
5. Buku latihan murid yang habis digunakan disimpan dan dijual kepada pembeli kertas lama.
6. Tin-tin kosong dijadikan sebagai bekas perhiasan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni dan
Kemahiran Hidup.
7. Botol kaca dijadikan pasu perhiasan dan dijual kepada masyarakat tempat.
8. Botol-botol plastik dibuat asambelaj dan dijual kepada ibu-bapa.
9. Kayu-kayan digunakan untuk membaik pulih kerusi meja di sekolah.
10. Kain baju dijual kepada jurujual ‘second- hand’.

Penglibatan Ibu bapa
Para ibu bapa memberi kerjasama dengan sekolah dalam membantu menjual hasil murid kepada masyarakat tempatan.





Projek Sampingan1. Taman Herba
2. Kolam Ikan

Perlaksanaan1. Meminta bantuan daripada Jabatan Pertanian berhampiran untuk membekalkan benih-benih tanaman herba.
2. Menanam benih-benih herba dikawasan lapangan sekolah pada waktu mata pelajaran Sains.
3. Mengagihkan tugas kepada murid untuk menyiram air dan membaja di waktu rehat.
4. Membina kolam air dengan bantuan kontraktor perseorangan untuk membina kolam.
5. Ibu bapa menyumbangkan anak-anak ikan untuk diibela.
6. Ibu bapa membelikan makanan untuk ikan.
7. Tukang kebun dengan bantuan guru menjaga pembelaan ikan.
8. Pada masa cuti guru yang rela mengambil tugas menjaga pelaksanaan projek sekolah.


Kekangan

Masa tidak dapat dijalankan semasa waktu P&P
 pada masa cuti tidak dapat meminta murid datang kerana masalah keselamatan

Komuniti tidak memberi kerjasama dan berminat kerana tidak ada pengetahuan terhadap program ini.
Minat murid
 ada murid yang tidak berminat

Kerjasama antara guru , pekerja dan masyarakat tidak begitu erat
 ibu bapa tidak dapat memasuki kawasan sekolah mengikut kesenangan mereka-di atas sebab-sebab keselamatan.

Kewangan
 susah untuk mencari sumbangan – hanya GB dan guru-guru yang terpaksa berusaha

Masa untuk menjaga
 guru dan pekerja tidak mahu bekerjasama atau meluangkan masa lapang mereka untuk program ini.

Kemahiran kekurangan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam dalam mengendalikan landskap dan jaga ikan.


CARA MENGATASI
Tubuhkan Jawatankuasa Jawatan kuasa kecil perlu diwujudkan untuk mengendalikan projek ini supaya ianya berjalan
dengan lancar.

Adakan Jadual Bertugas Perlu mengadakan Jadual Bertugas Harian kepada semua yang terlaibat termasuk pihak ibu
bapa semua projek ini boleh dilaksanakan secara berterusan dan tidak menyusahkan pihak
pentadbir.

Mencari Penderma
 Jawatan kuasa bersama pihak pentadbir, lembaga pengurus dan PIBG sekolah perlu
berusaha untuk mencari penderma-penderma dari luar seperti ahli-ahli perniagaan, ahli-ahli
politik dan orang awam yang boleh membantu dalam melaksanakan projek ini.

Orang tengah untuk kitar semula Jawatan kuasa harus mengenalpasti orang tengah untuk menjual bahan-bahan kitar semula
supaya dapat menyenangkan pihak sekolah dalam urusan membeli dan menjual bahan
buangan.




RUMUSAN

Program ini merupakan satu program sampingan akademik yang boleh membawa manfaat kepada murid-murid. Melalui program ini, diharapkan murid-murid dapat mencintai alam persekitaran dan melibatkan diri dalam kegitan yang berguna bila dewasa kelak. Projek ini juga akan meningkatkan kemahiran murid-murid dalam bidang ko-akademik. Bagi murid-murid yang sederhana dan lemah dalam pelajaran, projek ini akan memberi peluang untuk mencungkil kemahiran mereka.



LAMPIRAN
Pembalut kertas pendua kalis air dijadikan beg untuk menyimpan kertas nota murid melalui mata pelajaran Pendidikan Seni




Kotak-kotak kertas diguna sebagai bekas penyimpan kertas buangan






Kayu kutipan dari meja dan kerusi yang rosak untuk di kitar semula





Hiasan dari bahan buangan





Stesen-stesen kitar semula





Kulit buah-buahan di kitar semula untuk dijadikan enzyme(baja & racun)


No comments:

Post a Comment