PERANCANGAN PENGURUSAN KURIKULUM
TAJUK PROJEK
* Mencintai alam Sains, Seni dan Kemahiran Hidup
VISI DAN MISI PROJEK
Visi
*Menjadikan sekolah dalam taman menjelang tahun 2014
Misi
1. Membuat perancangan bahan buangan dari warga sekolah
2. Memberi kemahiran dan pengetahuan kepada guru dalam mengurus kitaran buangan
3. Menilai dan memantau kerjaya program dari semasa ke semasa
Pengetahuan
1. Memperolehi konsep penggunaan bahan buangan menjadi bahan berguna.
2. Menginsafkan diri tentang tanggungjawab kita terhadap bumi tercinta ini.
Kemahiran1. Kemahiran manupulatif reka cipta bahan buangan
2. Kemahiran mengurus projek kitaran buangan
Nilai1. Mengubah sikap dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2. Melahirkan sifat kendiri cintai alam persekitaran.
3. Menanam kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
4. Memupuk tingkahlaku menjaga kebersihan dan keceriaan dunia.
5. Mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan harian.
6. Menggalakkan individu sentiasa bekerjasama dan bertolak ansur.
MATLAMAT
1. Mengurangkan pencemaran
2. Mencintai alam persekitaran
3. Menanam dan memupuk kesedaran menjaga alam
4. Menjaga kebersihan dan keceriaan alam
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SJK ( C ) Sungai Batu
Sekolah SJK ( C ) Sungai Batu adalah merupakan sebuah sekolah Gred B Bantuan Kerajaan dan juga sekolah Bestari luar bandar. Sekolah ini mempunyai 7 kelas termasuk prasekolah. Bilangan guru yang terdapat disini ialah 13 orang guru. Enromen pelajar ialah 165 orang murid. Majoriti murid di sini adalah kaum Cina ( 159orang), diikuti kaum Melayu (5 orang) dan seorang murid kaum India. Murid-murid di sini adalah penduduk kampung yang berdekatan di sini, kebanyakkan ibubapa mereka adalah bekerja sebagai pekebun kecil dan buruh kasar dan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
Sekolah ini mempunyai seramai 4 orang pekerja pembersih swasta. Tapak sekolah mempunyai tanah seluas 6 e.lr.24p.(No Sheet 1037,57,59,60 K/B Sungai Batu, Pantai Remis). Tanah yang telah digunakan untuk bangunan ialah 3e.lr.24p dan 2e.lr telah digunakan untuk tanaman kelapa sawit (99 pohon). Anggaran kawasan yang lapang adalah kira-kira masih ada 1e.lr. Tanaman yang ada di kawasan sekeliling sekolah ialah pokok bunga raya, bunga kertas, pokok pinang, bunga ros, pokok betik dan ubi kayu.
Rajah sekolah bolehlah rujuk seperti peta sekolah di bawah:
CARTA ORGANISASI PROJEK
PROGRAM BERASASKAN AKEDEMIK
Projek Sekolah
Kitar semula.
Sumber
Sumber dapatan bahan buangan adalah terimaan daripada murid-murid sekolah, guru-
guru dan ibu bapa.
Bahan-Bahan BuanganTin-tin kosong, surat khabar, buku-buku latihan , majalah, botol plastik, botol kaca,
kayu-kayan dan kain baju.
Cara Kutipan1. Memberi surat pemberitahuan melalui persatuan ibu bapa dan guru.
2. Mempamerkan poster di luar kawasan sekolah. (Pintu Pagar)
3. Mengedarkan risalah.
4. Mengadakan kempen.
5. Menyebarkan melalui media massa dan media elektronik.
Pelaksanaan1. Bahan yang dikutip akan diasingkan mengikut jenis dalam bekas yang dikhaskan.
2. Guru-guru diberi tugas mengikut panitia matapelajaran untuk menjalankan projek.
3. Guru-guru menyediakan jawatankuasa kerja dan kertas kerja untuk projek masing-masing.
Kitar semula
1. Surat khabar dikutip, diikat dan dijual kepada pembeli kertas lama.
2. Kotak-kotak kertas diguna di setiap kelas sebagai rak penyimpan buku di sudut bacaan.
3. Pembalut kertas pendua kalis air dijadikan bag untuk menyimpan kertas nota murid melalui
mata pelajaran Pendidikan Seni.
4. Sampul surat diguna semula untuk meletakkan kat-kat bacaan di pusat sumber sekolah.
5. Buku latihan murid yang habis digunakan disimpan dan dijual kepada pembeli kertas lama.
6. Tin-tin kosong dijadikan sebagai bekas perhiasan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni dan
Kemahiran Hidup.
7. Botol kaca dijadikan pasu perhiasan dan dijual kepada masyarakat tempat.
8. Botol-botol plastik dibuat asambelaj dan dijual kepada ibu-bapa.
9. Kayu-kayan digunakan untuk membaik pulih kerusi meja di sekolah.
10. Kain baju dijual kepada jurujual ‘second- hand’.
Penglibatan Ibu bapa
Para ibu bapa memberi kerjasama dengan sekolah dalam membantu menjual hasil murid kepada masyarakat tempatan.
Projek Sampingan1. Taman Herba
2. Kolam Ikan
Perlaksanaan1. Meminta bantuan daripada Jabatan Pertanian berhampiran untuk membekalkan benih-benih tanaman herba.
2. Menanam benih-benih herba dikawasan lapangan sekolah pada waktu mata pelajaran Sains.
3. Mengagihkan tugas kepada murid untuk menyiram air dan membaja di waktu rehat.
4. Membina kolam air dengan bantuan kontraktor perseorangan untuk membina kolam.
5. Ibu bapa menyumbangkan anak-anak ikan untuk diibela.
6. Ibu bapa membelikan makanan untuk ikan.
7. Tukang kebun dengan bantuan guru menjaga pembelaan ikan.
8. Pada masa cuti guru yang rela mengambil tugas menjaga pelaksanaan projek sekolah.
Kekangan
Masa tidak dapat dijalankan semasa waktu P&P
pada masa cuti tidak dapat meminta murid datang kerana masalah keselamatan
Komuniti tidak memberi kerjasama dan berminat kerana tidak ada pengetahuan terhadap program ini.
Minat murid
ada murid yang tidak berminat
Kerjasama antara guru , pekerja dan masyarakat tidak begitu erat
ibu bapa tidak dapat memasuki kawasan sekolah mengikut kesenangan mereka-di atas sebab-sebab keselamatan.
Kewangan
susah untuk mencari sumbangan – hanya GB dan guru-guru yang terpaksa berusaha
Masa untuk menjaga
guru dan pekerja tidak mahu bekerjasama atau meluangkan masa lapang mereka untuk program ini.
Kemahiran kekurangan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam dalam mengendalikan landskap dan jaga ikan.
CARA MENGATASI
Tubuhkan Jawatankuasa Jawatan kuasa kecil perlu diwujudkan untuk mengendalikan projek ini supaya ianya berjalan
dengan lancar.
Adakan Jadual Bertugas Perlu mengadakan Jadual Bertugas Harian kepada semua yang terlaibat termasuk pihak ibu
bapa semua projek ini boleh dilaksanakan secara berterusan dan tidak menyusahkan pihak
pentadbir.
Mencari Penderma
Jawatan kuasa bersama pihak pentadbir, lembaga pengurus dan PIBG sekolah perlu
berusaha untuk mencari penderma-penderma dari luar seperti ahli-ahli perniagaan, ahli-ahli
politik dan orang awam yang boleh membantu dalam melaksanakan projek ini.
Orang tengah untuk kitar semula Jawatan kuasa harus mengenalpasti orang tengah untuk menjual bahan-bahan kitar semula
supaya dapat menyenangkan pihak sekolah dalam urusan membeli dan menjual bahan
buangan.
RUMUSAN
Program ini merupakan satu program sampingan akademik yang boleh membawa manfaat kepada murid-murid. Melalui program ini, diharapkan murid-murid dapat mencintai alam persekitaran dan melibatkan diri dalam kegitan yang berguna bila dewasa kelak. Projek ini juga akan meningkatkan kemahiran murid-murid dalam bidang ko-akademik. Bagi murid-murid yang sederhana dan lemah dalam pelajaran, projek ini akan memberi peluang untuk mencungkil kemahiran mereka.
LAMPIRAN
Pembalut kertas pendua kalis air dijadikan beg untuk menyimpan kertas nota murid melalui mata pelajaran Pendidikan Seni
Kotak-kotak kertas diguna sebagai bekas penyimpan kertas buangan
Kayu kutipan dari meja dan kerusi yang rosak untuk di kitar semula
Hiasan dari bahan buangan
Stesen-stesen kitar semula
Kulit buah-buahan di kitar semula untuk dijadikan enzyme(baja & racun)
Tuesday, March 16, 2010
Friday, March 12, 2010
BANGUNAN SEKOLAH DAHULU SEHINGGA TERKINI
*Kelihatan bangunan sekolah yang didirikan pada tahun 50-an dibanjiri air selepas
hujan lebat.
*Guru besar yang mulai bertugas pada tahun 1958 iaitu Encik Chang Chong Ling.
Kelihatan bangunan papan sekolah untuk dijadikan hostel guru, perpustakaan dan juga
pejabat guru pada tahun 1960-an.
Bangunan sekolah yang telah buruk dan tidak sesuai lagi digunakan sedangmenunggu untuk dibina semula.
Bangunan yang baru dibina ini dijadikan dalam masa kira-kira 10 bulan dan ia digunakan sepenuhnya pada 16 Oktober 1974.
Bangunan bilik serbaguna ini disiapkan bina dan digunakan sepenuhnya pada bulan Oktober 1987.
Bangunan Sekolah Terkini
hujan lebat.
*Guru besar yang mulai bertugas pada tahun 1958 iaitu Encik Chang Chong Ling.
Kelihatan bangunan papan sekolah untuk dijadikan hostel guru, perpustakaan dan juga
pejabat guru pada tahun 1960-an.
Bangunan sekolah yang telah buruk dan tidak sesuai lagi digunakan sedangmenunggu untuk dibina semula.
Bangunan yang baru dibina ini dijadikan dalam masa kira-kira 10 bulan dan ia digunakan sepenuhnya pada 16 Oktober 1974.
Bangunan bilik serbaguna ini disiapkan bina dan digunakan sepenuhnya pada bulan Oktober 1987.
Bangunan Sekolah Terkini
Thursday, March 11, 2010
PELAN PANDUNAN KECEMASAN SEKOLAH
Tindakan:
1. Tanda bunyi kecemasan dan bersurai. Ring... ... ... ... Ring... ... ... ...
(Bunyi loceng yang panjang)
2. Pokok A, B, C, D, E dan Pondok F adalah tempat yang selamat.
3. Jika murid-murid darjah satu hingga darjah Enam berada dalam bilik darjah masing-
masing,apabila berlakunya kecemasan di tempat berikut:-
(a) Di tangga a , murid-murid darjah 3 harus turun melalui tangga b dahulu.
Kemudian diikuti murid-murid darjah 4 , darjah 5, dan darjah 6. Manakala
murid-murid darjah 1 dan darjah 2 harus bergerak ke tempat yang selamat.
(b) Di tangga b, murid-murid darjah 6 harus turun melalui tangga a dahulu.
Kemudian murid-murid darjah 5 dan darjah 4 dan darjah 3. Manakala,muird
darjah 1 dan darjah 2 harus bergerak ke tempat yang selamat.
4. Murid-murid yang berada di tempat lain harus bergerak ke tempat yang selamat dan
mengikut peraturan.
5. Murid- murid yang telah sampai ke tempat yang selamat diminta duduk. Kemudian
ketua kelas masing-masing harus mengambil kedatangan murid dan melapor kepada
guru kelas masing-masing. Tindakan segera harus diambil sekiranya terdapat murid
yang tidak hadir.
6. Murid-murid tidak perlu membawa bag dan lain-lain barang apabila keluar dari
bilik darjah.
Thursday, March 4, 2010
HARI MINI SUKAN SEKOLAH 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)