Thursday, February 11, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah

Latarbelakang
Pada tahun 1948, Tanah Melayu telah diisytiharkan dalam keadaan darurat kerana selamatan Negara diancami komunis.Untuk memutuskan pengedaran pembekalan makanan kepada musuh, kerajaan penjajah telah melancarkan Rancangan Brigga iaitu memindahkan penghuni-penghuni yang duduk di pinggir hutandan pendalaman terpencil untuk ditempatkan semula di tempat-tempat yang mudah dikawali, maka wujudlah lebih kurang enam ratus buah perkampungan kampungan ini dinamakan kampung-kampung baru.
Kampung Baru Sungai Batu adalah sebuah kampong yang terawal dibuka di Dearah Dindings (Manjung). Penghuni-penghuninya kebanyakkan dipindah dari kawasan Sungai Siput Utara, mereka diberi tanah seluas empat ekar bagi sekeluarga untuk membina rumah dan juga bercucuk tanam. Sebagai peneroka perintis mereka menghadapi pelbagai kesulitan dan mengalami serba penderitaan, namun begitu dengan semangat ketabahan dan kegigihan, mereka dapat mengatasi segala-gala halangan dan mencapai preatasi yang agak cemerlang pada hari ini.


Permulaan Penubuhan Sekolah
Pada tahun 1949, Sekolah Rendah Cina Sungai Batu, Pantai Remis mulai ditubuhkan, pada permulaan sekolah ini tidak mempunyai bangunan sekolah sendiri, ia hanya bertumpang di sebuah rumah atap kepunyaan oang lain, banci murid hanya satu kelas sahaja.Rumah atap ini dipakai selama lima tahun sehingga ia dirobohkan oleh ribut. Setelah peristiwa ini berlaku, murid-murid pula ditempatkan belajar di bawah tokong dan juga di dewan majlis tempatan.


Permulaan Pembinaan Bangunan Sekolah
Pada tahun 1954 pihak berkuasa telah memberi sebidang tanah seluas 6 e.lr.24p.(No Sheet 1037,57,59,60 K/B Sungai Batu, Pantai Remis) untuk kegunaan tapak sekolah. Atas usaha Lembaga Pengurus Sekolah menjalankan kutipan derma dan juga bantuan daripada kerajaan, tiga buah bilik darjah dan empat unit hostel guru dibinakan, dengan lengkapnya kemudahan-kemudahan ini, pada bulan 1954, sekolah ini pun pindah ke bangunan ini. Selain daripada ini, telah berjaya mengutip derma daripada masyarakat orag-orang cina di dearah ini untuk membina dua buah lagi bilik darjah. Pada tahun 1956 sebuah bilik darjah dibinakan lagi ia juga disumbangkan oleh masyarakat kamoybg ini.
Olah kerana murid-murid semakin tambah pada masa ke semasa, maka sebuah lagi bilik darjah datambahkan pada 1957. sebuah bilik perpustakaan(1964) dan sebuah pejabat guru (1969) ditambahkan.
Jadi sehingga tahun 1969, sekolah ini telah dilengkapi dengan tujuh buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan dan sebuah pejabat guru. Kesemuanya dibendaripada papan-papan dan jen-jen.

Titik Peralihan Perkembangan Sekolah
Bilik-bilik darjah yang dibina pada tahun lima puluhan itu telah buruk, bumbung-bumbungnya bocor dan papan-papan dindingnya rebut, keadaan tidak sesuai dan kurang selamat digunakan selepas dua puluh tahun. Pada awal tahun 1974, kementerian pelajaran telah membina sebuah bagunan dua tingkat yang mengandungi enam buah ilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik guru besar, dan tandas-tandas. Selain daripada bangunan tersebut sebut kantin juga dibinakan. Bilik darjah- bilik darjah yang lama lagi buruk itu pun dirobohkan. Bangunan bari ini disiapkan dalam masa kira-kira sepuluh bulan. Dan digunakan sepenuhnya pada 16hb,1974. Sehingga sebelas tahun kebelakangan ini, tidak ada bangunan tanbahan dibinakan.
Pada tahun 1985 ini Lambaga Pengurus Sekolah telah pun merancang mengutip derma untuk membina sebuah bangunan tambahan untul bilik pusat sumber, stor dan hostel guru. Anggaran perbelanjaannya sebanyak empat puluh lima ribu. Diharap rancangan ini dapat ditunaikan pada tahun akhir ini.

Projek Pembinaan Bangunan Serbaguna
Pada tahun 5 -10-1985 gabungan AJK PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah ini telah mengadakan satu amal jamuan makan malan dipadang sekolah. Hasil majlis ini telah berjaya mengutip 53 ribu ringgit untuk projek pembinaan sebuah bangunan serbaguna yang mengandungi 6 bilik sebagai hostel guru dan sebuah dewan untuk kegunana pusat sumber dan bilik muzik.

Bekalan alat-alat kelngkapan Pusat Sumber
Pada 22.01.1986 Timbalan Menteri pelajaran Dato’Lim Liang Siak telah meluluskan memberi bantuan 10 ribu ringgit untuk membeli alat-alat kelengkapan sekolah ini. Pada 10.09.1986 alat-alat mulai dibekalkan melalui sebutharga.


Projek Pembinaan Gelanggang Bola keranjang/B.tampar
Pembinaan Gelanggang bola keranjang/ Bola tampar telah dijayakan pada 20.02.1987 dengan bantuan kutipan derma, bantuan bekas Yang Berhormat Dato’Micheal Chen dan PIBG sekolah ini.

Projek kecil Mencantikan Sekolah
Projek membina taman batu dan menanam pokok-pokok bunga telah dijalankan pada tahun 1986 dan juga tahun 1987 dengan kerjasama PIBG dan masyarakat kampung ini.


Rancangan yang akan dijalankan pada tahun 1988
Menteri Perusahaan Utama telah bersetuju bantuan untuk projek yang berikut:
1) Membina dua buah bumbung(tangga ketingkat atas)
2) Membina jalan tar sepanjang 11 ratai.
3) Memperbaiki pintu sekolah.

No comments:

Post a Comment