Friday, February 26, 2010

PUSAT SUMBER SEKOLAH

WAKTU OPERASI PUSAT SUMBER
ISNIN hingga JUMAAT : 7.30 am-1.10 pm
(Waktu Persekolahan)


PENGAWAS BERTUGAS
4 Orang Pengawas PSS akan bertugas pada setiap hari pada waktu rehat



SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER
Pada tahun 1969, Sekolah Rendah Cina Sungai Batu,Pantai Remis telah dilengkapi dengan tujuh buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah pejabat guru. Kesemuanya dibina daripada papan kayu.

Beberapa tahun kemudian, bilik-bilik yang dibina daripada papan kayu telah usang , bumbung-bumbungnya bocor dan papan-papan dinding reput, keadaannya tidak sesuai dan kurang selamat digunakan.

Pada tahun 1985, lembaga pengurus sekolah telah pun merancang mengutip derma untuk membina sebuah bangunan tambahan untuk pusat Sumber, stor dan hostel guru. Anggaran perbelanjaannya sebanyak RM 40,000.00

Atas usaha lembaga pengurus sekolah menjalankan kutipan tersebut dan juga bantuan daripada kerajaan, pihak sekolah telah berjaya membina bangunan tersebut. Bangunan ini disiapkan pembinaannya dan dijadikan sebagai PSS yang telah digunakan sepenuhnya pada bulan Oktober 1987.


VISI PSS
Membudayakan Teknologi Pendidikan Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.


MISI PSS
1. Pengurusan Fail yang Cemerlang.
2. Mewujudkan Situasi Fizikal Yang Kondusif di PSS Induk.
3. Merangsangkan Keterlibatan Warga Sekolah Dalam PSS.
4. Pengurusan Sumber Manusia Yang Berkesan.
5. Mewujudkan Sudut/Ruang Bahan Media Elektronik Yang Sesuai di PSS Induk.
6. Untuk menawarkan dan membekalkan sumber-sumber dan aktiviti pengajaran.


OBJEKTIF
1. Kecemerlangan pendidikan
* Meningkatkan mutu pengajaran – pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.

2. Penggunaan kemudahan
* Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya
mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

3. Pemupukan tabiat belajar
* Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan
penggunaan maklumat secara sistematik.

4. Penghasilan bahan
* Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan
bahan pengajaran-pembelajaran.

5. Perkhidmatan pembelajaran
* Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza dalam
kalangan pelajar-pelajar.

6. Kemahiran maklumat
* Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.


PENGURUSAN PUSAT SUMBER
Pusat Sumber Sekolah adalah satu pusat di mana terkumpulnya pelbagai bahan media pendidikan yang telah diklasifikasikan, dikatalog dan disusun atur untuk kemudahan guru dan murid. Ia juga merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul untuk berbincang, memilih, merencana, menghasil, menerbit, mengedar dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan guru demi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.

Secara amnya, Pusat Sumber adalah pusat pengumpulan dan penyebaran pelbagai maklumat yang diurus secara sistematik untuk memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bagi tercapainya matlamat pendidikan yang berkesan dan bermutu.


PENGURUSAN PUSAT SUMBER SJKC SG BATU TERBAHAGI KEPADA EMPAT IAITU :

1. AHLI JAWATANKUASA INDUK
2. AHLI JAWATANKUASA KERJA
3. AHLI JAWATANKUASA NILAM
4. PENGAWAS PUSAT SUMBER



PERKHIDMATAN BUKU & BUKAN BUKU
BAHAN BUKU

Fiksyen Bahasa Melayu, Fiksyen Bahasa Inggeris, World Book, Ensiklopedia, Kamus, Siri Kenegaraan & Patriotisme, Buku berkaitan Software dan Hardware
(Komputer), Karya Am & Novel, Buku Sains Sukan, Buku Akademik– Rujukan UPSR


BAHAN MAJALAH
Majalah PC, Majalah Dewan Masyarakat, Buletin PKPSM, Buletin Pendidik, Buletin PSPN Johor, Majalah Holistik, Majalah Kosmik, Jurnal Pendidikan, Takwim Jabatan Pendidikan Khas, Berita Harian & NST

BAHAN BANTU MENGAJAR
OHP, TV Pendidikan, CD P&P, Komputer, Carta-carta, Peta, Kit P&P, dan lain-lain .



PERATURAN PUSAT SUMBER

1. PSS dibuka mulai jam 7:30 pagi hingga 1:10 petang.

2. Pengawas PSS hendaklah membantu guru PSS dan mematuhi Jadual Waktu Bertugas.

3. Murid-murid dikehendaki sentiasa SENYAP semasa berada di PSS kerana ada murid lain
yang perlukan suasana tenteram untuk membaca atau membuat kerja-kerja rujukan.

4. Setiap pinjaman mestilah menggunakan kad yang boleh didapati dari Guru Penyelaras PSS.

5. Surat khabar dan majalah-majalah tidak dibenarkan dibawa keluar dari PSS.

6. Tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman ke dalam PSS.

7. Tidak dibenarkan mana-mana kelas memasuki PSS tanpa pengawasan guru.

8. Murid-murid adalah tanggungjawab secara individu menjaga kebersihan PSS.

9. Murid-murid hendaklah beratur ketika memasuki atau meninggalkan PSS.

10. Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah ketika memasuki PSS.

11. Murid-murid adalah dilarang membawa sebarang jenis beg ke dalam PSS.

12. Susun semula buku, majalah, suratkhbar, kerusi dan sebagainya setelah digunakan.

13. Guru-guru yang membawa murid ke PSS adalah bertanggungjawab terhadap disiplin murid- murid semasa berada di PSS.

14. Pinjaman dan pemulangan buku boleh dilakukan semasa rehat.

No comments:

Post a Comment